Setiap amalan baik yang kita lakukan sudah pasti akan dicatat oleh malaikat. Dan sebenarnya, orang-orang tua selalu berpesan supaya terus mengamalkan sesuatu amalan atau ilmu bagi memperoleh keberkatan.
Jika kita sentiasa melakukannya, ia akan menjadi satu kebiasaan atau rutin dalam kehidupan kita.
Mari kita telusuri beberapa kelebihan yang akan diperoleh daripada amalan yang berterusan sekalipun ia kecil dan sedikit.
#1- Menyesuaikan Dengan Kemampuan Diri
Selain itu, Ibnu Rejab Al Hambali juga menyebutkan bahawa anjuran melakukan amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah bagi menyesuaikan dengan kemampuan diri. Seseorang itu juga dilarang daripada memutuskan amalan dan meninggalkannya begitu sahaja setelah ia menjadi amalan.
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash r.anhuma, Rasulullah SAW berkata padaku,
يَا عَبْدَ اللَّهِ ، لاَ تَكُنْ مِثْلَ فُلاَنٍ ، كَانَ يَقُومُ اللَّيْلَ فَتَرَكَ قِيَامَ اللَّيْلِ
“Wahai ‘Abdullah, janganlah engkau seperti si fulan. Dulu dia biasa mengerjakan solat malam, namun sekarang dia tidak mengerjakannya lagi.” (Sahih Bukhari, 1152)
#2- Pahala Berterusan Walaupun Musafir
Seseorang yang sudah konsisten melakukan suatu amalan akan tetap mendapatkan pahala apabila tidak dapat melakukannya. Contohnya jika dia sudah konsisten berjemaah di masjid namun tidak dapat melakukannya apabila bermusafir, maka dia masih memperoleh pahala solat berjemaah, sama juga dengan amalan-amalan yang lain.
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seorang hamba sakit atau dalam bermusafir (menempuh perjalanan), maka dicatat baginya pahala kebaikan sebagaimana ketika ia bermukim (menetap di suatu tempat) dan dalam keadaan sihat.” (HR Ahmad, no. 18848 – Status Isnad Tsiqah)
#3- Mencegah Perasaan Malas
Biasanya apabila suatu amalan itu telah dilakukan secara konsisten, maka ia dapat mencegah diri daripada tumbuhnya perasaan malas.
Biasanya apabila suatu amalan itu sudah lama ditinggalkan, pasti terasa berat untuk memulakannya semula serta akan timbul rasa malas beribadah. Tetapi jika seseorang telah merutinkan amalan yang sedikit atau kecil tetapi berterusan, maka rasa semangat untuk melakukannya akan sentiasa ada.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.