Seribu satu rahsia yang terkandung dalam Al-Quran, banyak perkara yang kita boleh peroleh jika kita membaca dan memahami Al-Quran.
Daripada Abu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.”
Riwayat al-Bukhari (5009)
Menurut hadis tersebut, Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengulas bahawa hadis ini terbahagi kepada beberapa makna.
- Telah cukup baginya qiyamullail (bangun di tengah malam untuk beribadah)
- Telah cukup baginya untuk membaca al-Quran sama ada di dalam atau di luar solat.
- Telah cukup baginya perkara-perkara yang melibatkan aqidah kerana ayat tersebut menceritakan tentang keimanan dan amalan secara umum.
- Telah cukup baginya (terselamat) daripada segala keburukan.
- Telah cukup baginya (terselamat) daripada keburukan syaitan
- Telah menolak keduanya (ayat tersebut) daripada keburukan manusia dan jin.
- Telah cukup baginya untuk mendapatkan kebaikan daripada keduanya.
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.