Jika kebiasaannya wanita mungkin mengidam makan coklat mahupun makanan lain, berbeza dengan wanita berusia 23 tahun ini, Emma Thompson.
Emma mempunyai tabiat pelik iaitu makan 2 sehingga 20 keping span basuh pinggan setiap hari, bergantung dengan mood dan tahap tekanannya.
Tambah lagi, Emma mula memakan span basuh pinggan seawal usia 3 tahun, dan menggunakan sabuh pencuci sebagai 'pencicah' untuk menambah lagi rasa sedap span itu.
Hasil pemeriksaan doktor juga tidak menunjukkan sebarang kompilasi sampingan dek kerana tabiatnya itu. Namun doktor menasihatkan Emma supaya tidak mengamalkan perkara ini kerana dikhuatiri akan memberi kesan jangka panjang.
Tabiat pelik seperti ini dikenali sebagai Pica, iaitu keinginan pelik seseorang untuk mengidam sesuatu yang tidak mempunyai nutrisi.
Sumber: Elitereader
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.