Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Dalam Memilih Pasangan Hidup

Pemilihan jodoh merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam hidup.
Editor
11 Aug 2020, 07:00 PM

Pemilihan jodoh merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam hidup. Sudah tentu ia tak semudah menukar pakaian. Ada banyak cerita di pelbagai jenis portal yang sering dibongkarkan yang menceritakan tentang masalah rumah tangga.

kesilapan yang biasa dilakukan dalam memilih pasangan hidup

Kalau hubungan masih belum terjalin dengan ikatan sah, mungkin ia senang bagi seseorang untuk mengakhiri hubungan tersebut. Tapi situasi akan jadi sangat berbeza jika anda sudah berkahwin. Tiada siapa dalam dunia ini yang ingin perkahwinan mereka berakhir dengan satu penceraian. Oleh itu, ini ada beberapa kesilapan yang sering sekali dilakukan oleh kebanyakan orang apabila disoal tentang pemilihan jodoh.

1. Tidak ada banyak pilihan dan sering sunyi.

kesilapan yang biasa dilakukan dalam memilih pasangan hidup

Kebanyakan orang yang salah memilih jodoh dan pasangan hidup mereka adalah akibat daripada tekanan hidup bersendirian dan sering sunyi. Mereka tertekan dengan keadaan sekeliling seperti kawan-kawan yang sudah selamat berkahwin dan mereka masih lagi bujang dan bersedirian. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai pilihan yang banyak dalam urusan jodoh. Jadi, jalan yang paling mudah diambil oleh golongan yang sunyi ini adalah mengambil calon suami atau isteri mereka secara tangkap muat. Ini adalah sesuatu yang sangat berisiko kerana mereka sangka mereka sudah melarikan diri daripada masalah, tetapi sebenarnya mereka bakal mengundang masalah yang lebih besar pada masa hadapan.

2. Si dia berubah hati apabila sudah berjaya menawan hati anda.

Lumrah seorang manusia, sebelum memiliki seseorang seribu seratus janji akan ditaburkan kepada pasangan. Tetapi apabila si dia sudah berjaya menakluki hati anda, maka masa inilah si dia akan berubah. Sifat-sifat aslinya kian terserlah sewaktu bercinta dan bertunang sehingga membuatkan anda mungkin rasa menyesal dan ingin mengakhiri perhubungan tersebut.

Jadi, sebelum terlambat fikirlah baik-baik dan kenali pasangan anda sebetul-betulnya sebelum meneruskan hidup bersama si dia sepanjang hayat. Tepuk dada dan tanya hati. Kalau ada perasaan ragu-ragu, ambil wuduk dan tunaikan solat istiqarah.

3. Cinta adalah segalanya buat anda.

kesilapan yang biasa dilakukan dalam memilih pasangan hidup

Walaupun cinta adalah perkara yang diperlukan dalam menjalinkan satu hubungan, namun masih ada perkara-perkara lain yang perlu anda pertimbangkan dalam menjalinkan perhubungan, lagi-lagi kalau sudah mempunyai niat untuk berkahwin. Cuba renungkan kembali segala perbalahan dan masalah anda dan pasangan harungi, mungkin ada bebrapa perkara atau masalah yang telah anda abaikan selama ini atas alasan perasaan cinta. Sedangkan masalah tersebut perlu anda selesaikan agar tidak wujud masalah yang lebih besar.

4. Tidak percaya dengan kata hati sendiri.

Mendengar kata hati sendiri setelah bertanyakan pada yang lain adalah sesuatu yang sangat bagus. Setelah anda berusaha bertanya kepada kawan mahupun keluarga anda sendiri, doa kepada Allah untuk meminta petunjuk daripadaNya. Kemudian, dengarlah kata hati anda. Fikirlah sedalam-dalamnya dalam membuat sesuatu keputusan yang besar dalam hidup anda. Jika anda sudah membuat semua perkara di atas, yang lainnya serahkan kepada Allah.

Kesimpulannya, memilih pasangan yang betul bukanlah perkara yang senang dan sangat bahaya kerana ia akan menentukan bahawa anda bahagia atau sebaliknya. Keluarga yang bahagia sudah pastinya menjadi impian semua lelaki dan wanita.

Sumber: Baitul Muslim

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}