Baru-baru kita dianugerahkan dengan fenomena alam iaitu Hujan Meteor Quadrantids.
Ramai yang kagum dengan ciptaan indah dan bersyukur dapat menyaksikan kejadian yang jarang berlaku. Tetapi ada juga yang bersikap waspada akan fenomena tersebut.
Ternyata dalam Al-Quran, beberapa surah yang menyebut tentang ciptaan bintang sebagai penjaga langit. Dalam surah Fussilat ayat 12, menyatakan bahawa Allah mencipta langit yang dihiasi dengan bintang-bintang yang bercahaya untuk memelihara langit dengan sebaik-baiknya.
Memelihara daripada siapa? Jawapannya adalah daripada makhluk Jinn. Surah Al-Hijr, Surah As-Shaffat dan juga Surah Al-Jin menyatakan tentang kebolehan makhluk ghaib ini untuk menaik ke langit untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Allah SWT di syurga. Oleh itu, bintang-bintang yang bercahaya itu dicipta untuk menjaga langit.
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya. Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam. Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.”
Surah Al Hijr (ayat 16-18)
Hebatkan ciptaan Tuhan. Sememangnya segala perkara yang terjadi ada sebabnya.
Sumber: Youtube Islamic Guidance
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.