Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Para Suami Usah Risau Dengan Khutbah Hari Raya. Mungkin Ini Boleh Membantu Anda

Teks Khutbah Aidilfitri mengikut negeri akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan dapatan daripada Jabatan Agama Islam Negeri.
Editor
20 May 2020, 07:00 AM

Tinggal beberapa hari lagi bagi bulan Ramadan tahun ini dan Syawal bakal menjelma. Pagi raya akan dimulai dengan laungan takbir serta Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.

para suami usah risau dengan khutbah hari raya. mungkin ini boleh membantu anda

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih berkuatkuasa – masjid dan surau pula ada yang masih tidak dibuka, atau bilangan jemaah yang dibenarkan hadir masih terhad. Seperti yang sudah sedia maklum tahun ini, kita akan menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah sahaja.

Tapi bagaimana dengan khutbah? Usah risau.

Berikut kami kumpulkan teks-teks khutbah yang telah dikongsi oleh pengguna media sosial serta dari laman rasmi Jabatan Agama Islam bagi beberapa negeri untuk rujukan para pembaca.

#1- Khutbah Paling Ringkas

Khutbah di bawah telah dikongsikan oleh Ustaz Hanafi di laman Facebook beliau. Ia boleh dibaca oleh ketua keluarga usai Solat Aidilfitri.

Khutbah Pertama:

1. Ucapkan Alhamdulillah

الحمدلله

2. Membaca Selawat

اللهم صلي علي محمد و علي ال محمد

“Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.

4. Memberi pesanan kepada makmum untuk bertakwa:

“Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”

5. Membaca 1 potong ayat Al-Quran yang difahami maknanya jika diterjemah (Contoh: Surah Al-Kauthar)

(Surat Al-Kauthar)

para suami usah risau dengan khutbah hari raya. mungkin ini boleh membantu anda

Sekian khutbah pertama, pembaca khutbah bolehlah duduk sebentar sebelum menyambung khutbah kedua.

Khutbah Kedua:

1. Ucapkan Alhamdulillah

‎الحمدلله

“Alhamdulillah”.

2. Membaca Selawat

‎اللهم صلي علي محمد وعلي ال محمد

“Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.

3. Memberi pesanan kepada makmum untuk bertakwa.

“Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.

4. Membaca sepotong ayat Al-Quran (Contoh: Surah Al-Ikhlas)

para suami usah risau dengan khutbah hari raya. mungkin ini boleh membantu anda

(Surat Al-Ikhlas)

5. Membaca doa untuk seluruh orang Islam, contohnya;

“Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat”

Sekalipun ia sangat ringkas, ia masih sah dan boleh digunakan. Namun, sebaiknya tambahlah serba sedikit huraian dan doa mengikut kemampuan masing-masing. Anda boleh juga muat turun teks khutbah yang sudah dikarang oleh Dr Basri Husin di laman web theinspirasi.my

#2 Khutbah Hari Raya Mengikut Negeri

Manakala, jika anda inginkan khutbah yang lebih panjang dan lengkap, anda boleh terus memuat turun dari pautan di bawah:

1. Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Perak
2. Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Perlis
3. Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Kelantan
4. Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Johor – Versi Jawi (https://bit.ly/2ThjnHx) dan Rumi (https://bit.ly/2TdOaVn)

*Teks Khutbah Aidilfitri mengikut negeri akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan dapatan daripada Jabatan Agama Islam Negeri.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}