Kisah Nabi Ibrahim AS yang telah dibakar hidup-hidup atas perintah Raja Namrud dicatat dalam kitab suci Al-Quran.
Hebatnya kuasa Allah sehingga api tersebut tidak membakar Nabi Ibrahim malah tiada langsung kecederaan langsung pada dirinya.
Apabila Nabi Ibrahim dicampak masuk ke dalam bara api, semua binatang cuba memadamkan api tersebut kecuali cicak, malah ia meniup api ke atas Nabi Ibrahim AS. Sebagaimana tertulis dalam hadith riwayat Ibn Hatim, daripada A'isyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata di muka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya ia (cicak) meniupkan api ke atas Nabi Ibrahim..."
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.