Seorang lelaki dari Switzerland mengakui bahawa dia disuruh oleh sekumpulan makhluk asing untuk membina ovniport, iaitu landasan untuk UFO mendarat di sebuah tanah lapang di Argentina.
Werner Jaisli tiba dikawasan dalam sebuah daerah di Argentina dan membina landasan berkenaan sekitar tahun 2008.
"Saya berada di sana, di Forte Alto, pada tengah malam pada 24 November 2008. Tiba-tiba segala-galanya diam dan elektrik dimatikan.
“Pada ketika itu, datang dua objek bercahaya kira-kira 200 meter di atas Sungai Calchaquí. Ia berbentuk bulat, dan mempunyai warna logam yang dibakar. Mereka berdiri kira-kira 100 meter di atas kepala dengan pancaran cahaya yang sangat terang. Pelik kerana cahaya itu tidak menyakitkan mata langsung.
Pada ketika itu, sesuatu mula mendidih melalui otak saya: ia adalah perintah. Mereka meminta saya untuk membina landasan UFO. "
Sehingga kini, masih tiada satu UFO pun yang dilihat mendarat di tempat tersebut, sebaliknya kawasan itu menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara.
Sumber: Odditycentral
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.