Teruja, terharu, sebak, gembira, syukur, pelbagai perasaan yang dirasai apabila terima berita akhirnya masjid sudah dibuka semula.
Perasaan bercampur baur itu amat dirasai oleh seorang pemuda di Qatar yang berlari-lari ke arah masjid selepas mendengar laungan azan dan iqamah.
Video berdurasi 1 minit 30 saat itu pada awalnya dimuat naik oleh sebuah laman YouTube ilmfeed sebelum ia viral di media sosial.
Menerusi video berkenaan, pemuda yang merupakan seorang pemain bola keranjang pasukan Qatari dilihat terkejut apabila mendengar laungan iqamat.
Setelah tiga bulan masjid ditutup akibat penularan wabak COVID-19, akhirnya pemain bola keranjang Qatari itu menerima kejutan gembira apabila mendengar laungan iqamah solat Maghrib.
Dengan perasaan teruja dan gembira, pemuda tersebut berlari keluar dari rumah menuju terus ke masjid.
Kegembiran jelas terpancar di wajah pemuda tersebut sebaik pegawai membenarkannya masuk.
"Selama ni kita solat di rumah masing-masing. Now dapat bila berjalan ke masjid, saya teruja.
"Moga Allah terima ibadah saya dan anda semua," katanya.
Video berkenaan kemudian menimbulkan rasa sebak orang ramai khususnya yang beragama Islam.
Sejak pandemik COVID-19, rata-rata masjid telah diarahkan tutup termasuklah Malaysia bagi mengekang penularan virus berkenaan.
Sumber: ilmfeed
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.