Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Mematuhi Tatacara Khas Majlis Akad Nikah Di Perak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP

Masjlis hanya boleh dilaksanakan di premis Pejabat Agama Islam Daerah.
Editor
16 Apr 2020, 04:35 PM

Di negeri Perak, majlis akad nikah telah boleh dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan syarat mematuhi tatacara khas yang telah ditetapkan.

mematuhi tatacara khas majlis akad nikah di perak dibenarkan sepanjang tempoh pkp

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, majlis akad nikah hendaklah mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Tatacara yang ditetapkan ialah majlis tersebut hanya dilaksanakan di premis Pejabat Agama Islam Daerah dan tidak dibenarkan di premis persendirian, masjid atau tempat-tempat awam, katanya.

Ujarnya lagi, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau wakil perlu menyediakan sebuah bilik khas untuk majlis akad nikah, selain itu proses nyahkuman dilakukan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

"Majlis akad nikah yang dijalankan oleh jurunikah kariah hendaklah dikawal selia oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau wakilnya.

"Tanggungjawab mereka adalah memastikan perkara seperti rukun nikah, membaca takliq selepas akad nikah, tiada berjabat tangan ketika lafaz ijab dan qabul, menjaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter setiap yang hadir.”

"Tiada sebarang upacara lain seperti membatalkan air sembahyang, sarung cincin, bergambar dan lain-lain serta memakai penutup muka serta menyediakan pembersih tangan untuk mereka yang terlibat," katanya.

mematuhi tatacara khas majlis akad nikah di perak dibenarkan sepanjang tempoh pkp

Mengikut lampiran yang dikeluarkan oleh JAIPk, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah hanya boleh memberi kebenaran sebanyak tiga sesi sehari iaitu 9.30 - 10 pagi, 11.30 - 12 tengah hari dan 2.30 - 3 petang.

Majlis hanya boleh dihadiri oleh seorang jurunikah, dua orang saksi, seorang pengantin lelaki, seorang pengantin perempuan dan seorang wali dari pihak pengantin perempuan.

Segala dokumentasi dan pengeluaran Sijil Perakuan Nikah hendaklah ditangguhkan dan akan disempurnakan selepas tamat tempoh PKP.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}