Banyak kisah yang terkandung dalam Al-Quran berkenaan masa. Ia menjadi satu bukti bagi kita manusia bahawa masa itu merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kita di dunia ini.
Kita dikurniakan 24 jam yang sama setiap hari dan perlu menghargai setiap detik yang berlalu. Tetapi sedar tak bahawa semakin lama kita berasa seakan masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Sehingga kalau boleh kita akan berdoa kepada Allah untuk mengurniakan masa tambahan untuk kita.
Walau bagaimanapun, sudahpun disebut dalam Islam mengenai keberkatan masa ini. Dan masa yang dirasakan berlalu dengan begitu pantas dan merasakan siang hari yang pendek sehingga tidak sempat untuk melaksanakan tugasan harian merupakan salah satu tanda-tanda kiamat.
Daripada Anas bin Malik RA, Baginda SAW pernah bersabda:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، فَتَكُونُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ، وَالشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونُ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ، وَيَكُونُ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ، وَتَكُونُ السَّاعَةُ كَالضَّرَمَةِ بِالنَّارِ
Maksud: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.”
(Hadis Riwayat Al-Tirmidzi, no. 2332)
Merujuk kepada hadis sahih dan juga beberapa hadis yang lain, ia berbicara tentang kepantasan masa yang berlalu merupakan salah satu tanda kiamat adalah untuk memberi kesedaran kepada manusia untuk menghargai masa dan tidak lalai dengan perkara duniawi sehingga melupakan amalan yang boleh dibawa ke akhirat kelak.
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.