Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Selepas 6 Bulan Sekatan, Masjidil Haram Dibuka Semula Untuk Ibadat Umrah

Masjidil Haram kembali dibuka semula dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama semalam.
Editor
05 Oct 2020, 02:44 PM

Masjidil Haram kembali dibuka semula dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama semalam, selepas lebih enam bulan sekatan disebabkan penularan COVID-19.

selepas 6 bulan sekatan, masjidil haram dibuka semula untuk ibadat umrah

Umat Islam di seluruh dunia memanjatkan kesyukuran dan berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah ini dibenarkan masuk ke Masjidil Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat permohonan melalui aplikasi I'tamarna yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Sejak pertengahan Mac lalu, Arab Saudi mengambil tindakan drastik bagi membendung penularan wabak COVID-19 dengan menggantung pelaksaan umrah dan solat di Masjijdil Haram.

Menurut laporan Arab News, bagi menampung kuota 6,000 jemaah yang dibenarkan dalam masa sehari, Kementerian Haji dan Umrah akan menyediakan lima lokasi berasingan termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha supaya para jemaah dan petugas kesihatan profesional boleh menaiki bas ke Masjidil Haram.

Proses pembersihan dan nyahkuman di Masjidil Haram akan dilakukan sebanyak 10 kali sehari dan kira-kira 1,000 petugas dilatih bagi memantau sepanjang proses umrah di tanah suci.

Kawasan mataf yang terletak di sekitar Kaabah yang boleh memuatkan 2.5 juta jemaah dipilih sebagai lokasi bagi umat Islam menjalani umrah kali ini.

Ruang khusus sebagaimana disediakan untuk jemaah yang melaksanakan haji pada Ogos lalu turut diperkenalkan bagi memudahkan akses sepanjang mereka berada di Masjidil Haram.

Presiden Hal Ehwal Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais yang merujuk kepada kebenaran diraja daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman turut memaklumkan jemaah dibenarkan mengerjakan untuk menziarahi Raudhah yang terletak dalam Masjid Nabawi.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}