Ayatul Kursi dikenali sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran.
Ayat dipanggil sebagai Ayat Kursi oleh kerana terkandung perkataan “Kursi” di dalamnya yang membawa maksud Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat.
Ayat Kursi diturunkan selepas berlakunya hijrah Nabi Muhammad SAW. Ketika ayat ini diturunkan, ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaan ayat tersebut.
Selepas ayat ini diturunkan, Rasulullah SAW dengan segeranya memerintahkan Zaid bin Tsabit agar menulis serta menyebarkannya.
Membaca Ayatul Kursi memberikan banyak kelebihan seperti mana yang ternyata di dalam hadis daripada Abu Umamah RA.
Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ
“Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.”
(Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie)
Imam al-San’ani juga menyatakan keistimewaan ayat Kursi ini.
وَاخْتَصَّتْ آيَةُ الْكُرْسِيِّ بِذَلِكَ لِمَا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ مِنْ أُصُولِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ الْإِلَهِيَّةِ، وَبِالْوَحْدَانِيَّةِ، وَالْحَيَاةِ، وَالْقَيُّومِيَّةِ، وَالْعِلْمِ، وَالْمُلْكِ، وَالْقُدْرَةِ، وَالْإِرَادَةِ
Maksudnya: “Kelebihan ayat ini Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak)”.
(Lihat: Subul al-Salam, 297/1)
Sumber: Mufti Wilayah / Remaja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.