Siapa sahaja yang suka dengan orang yang bercakap kasar. Lagi-lagi kalau teguran sentap. Ramai berpendapat bahawa teguran sentap ini lebih efektif kerana teguran tersebut akan membuat seseorang itu berubah sikapnya. Tetapi realiti sebenarnya tidak seperti itu. Teguran sentap ini akan membuat seseorang itu lebih membenci teguran dan tidak boleh menerima teguran daripada sesipa pun. Jadi kita haruslah kembali semula kepada ajaran Rasulullah SAW iaitu dengan sikap lemah lembut.
Tiada masalah jika ingin memberi teguran, malah ia merupakan amalan yang baik. Tetapi setiap amalan mesti ada caranya, jadi jika ingin memberi teguran haruslah dengan cara yang lembut supaya orang boleh terima teguran tersebut.
Seperti yang kita tahu, Nabi Muhammad SAW sentiasa mempamerkan sikap lemah lembut walaupun kepada orang yang ingin menganayainya. Jadi apa salahnya kalau kita mengikut sikap baginda yang mulia.
Terdapat pelbagai pentengkaran yang viral di laman sosial akibat menegur mengikut cara yang tidak betul. Malah pentengkaran itu boleh jadi pergaduhan yang besar. Maka, simpanlah kemaharan tersebut kerana orang yang bersikap lemah lembut dan mampu mengawal kemarahannya terhadap orang lain adalah individu yang sangat hebat.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.