Ia merupakan satu perbuatan sunnah dalam Islam untuk mengutamakan bahagian kanan khususnya apabila melakukan perkara-perkara yang mulia seperti ketika makan, memakai baju, memegang barang, masuk masjid dan sebagainya.
Jumhur ulama mengatakan bahawa sunat menggunakan tangan kanan ketika makan manakala makruh menggunakan tangan kiri.
Dalam kitab Al-Majmu’, Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa dibenarkan untuk menggunakan kedua-dua tangan untuk memegang minum kerana hal ini juga pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Namun jika tangan kanan kotor, seseorang boleh menggunakan tangan kiri untuk minum dengan cara – tangan kiri memegang gelas manakala belakang tangan kanan (kura tangan) digunakan menopang gelas tersebut.
Islam bukan hanya mementingkan hukum atau ibadah semata-mata, malah hal-hal yang berkait rapat dengan etika dan adab dalam kehidupan seharian.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.