Rezeki, jodoh dan ajal, itu semua rahsia Allah SWT. Jodoh kita semua sudahpun tertulis sejak kita berada dalam rahim lagi. Dan tiada satu manusia pun yang mengetahui siapa jodoh dia.
Memilih jodoh bukan perkara yang mudah. Allah tidak akan serta merta mengirim jodoh tanpa ada usaha yang setimpal. Di sini ada panduan yang boleh dipertimbangkan dalam menjemput jodoh dalam hidup anda.
- Berasa yakin bahawa Allah SWT telah mencipta jodoh bagi kita
Perkra yang wajib anda lakukan adalah meyakini bahawa Allah SWT telah mencipta manusia secara berpasangan. Dengan meyakini bahawa Allah SWt telah menciptakan pasangan untuk anda, semoga perasaan putus asa itu dijauhi jika masih belum bertemu jodoh.
- Sentiasa berdoa dan meminta yang terbaik kepada Allah SWT
Perbanyakkan amalan berdoa dan minta bersungguh-sungguh kepada Allah SWT. Permintaan hambaNya yang dilakukan dengan penuh kesungguhan hati tidak akan diabaikan.
- Rajin bersedekah
Bersedakha membawa manfaat dan membuka rezeki anda dengan lebuh luasa terutamanya kepada orang yang lebih memerlukan. Jika anda mampu, bersedekah lah kerana ia akan membawa ganjaran yang lebih besar.
- Bergaul dengan orang soleh
Salah satu cara untuk anda menjemput jodoh yang baik adalaha dengan bergaul dengan orang yang soleh. Bagi setiap muslim dianjurkan untuk bergaul dengan orang yang baik kerana segala pintu kebaikan akan terbuka untuk anda.
- Membuka diri
Jika anda tidak memberi ruang untuk orang untuk mengenalimu, bagaimana anda ingin bertemu jodoh? Pastikan akhlakmu yang baik supaya dipermudahkan segala urusan bukan sahaja dengan pasangan tetpi dengan bakal mertua.
- Meminta bantuan orang tua atau wali untuk dicarikan jodoh
Ini cara yang paling ortodoks ataupun kata orang putih old school la. Ibu bapa lebih mengenali anak mereka dengan telitit dn tahu apa yang terbaik untuk anda. Jika masih terbuka dengan cara zaman dahulu, perkahwinan yang diatur sebenarnya bagus.
Sumber: Majalah WM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.