“Sudah setahun menjadi seorang Muslim, sudah setahun saya belajar sembahyang dan berdoa. Saya amat bangga dengan diri saya. Selamat hari jadi kepada diri sendiri.”
Kata-kata syukur seorang mualaf, Alex Bin D Santiago yang meraikan setahun menjadi seorang muslim. Pemuda kelahhiran Kuala Lumpur ini memeluk Islam pada 9 Februari tahun lepas dan berkongsi kisahnya melalui sebuah posting di laman sosial media kepunyaan nya di Twitter.
Kisahnya kemudian tular dan mendapat reaksi positif daripada netizen. Alex bercerita detik awal hatinya terbuka untuk menerima Islam dan keinginannya untuk memeluk Islam.
Menurut Alex, kawan-kawannya kerap mengajaknya untuk memeluk Islam tetapi rasa takut itu sering menghantui dirinya.
Alex masih mengekalkan namanya walaupun sudah memeluk Islam. Penerimaan keluarganya atas penghijrahan Alex diterima dengan baik dan disokong oleh kedua ibu bapanya.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.