Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Paul Kelley, seorang penyelidik dari Oxford University, otak manusia betul-betul berfungsi dengan sepenuhnya pada jam 10 pagi.
Menurut penyelidikan ini, penyebab utama adalah kerana tubuh kita secara semulajadi bergantung kepada jam biologi badan, yang dikenali sebagai Circadian Rhythm.
Kajian ini juga dijalankan keatas sebilangan pekerja yang dipaksa berkerja sebelum jam 10 pagi menunjukkan ramai daripada mereka mengalami masalah kemurungan dan tekanan fizikal, berbeza dengan mereka yang mula berkerja selepas jam 10 pagi didapati mempunyai mental dan fizikal yang lebih sihat.
Walaubagaimana pun, jam biologi badan seseorang manusia itu berbeza-beza; mungkin ada yang telah di set-kan untuk bangun awal pagi, dan mungkin ada yang sebaliknya.
Sumber: Truth Theory
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.