Sebelum ini seorang gadis bernama Siti Safura Mohd Tawil telah mengharumkan nama Malaysia kerana berjaya memenangi pingat emas dalam Pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin, Ireland dengan sajiannya, Nasi Lemak Bunga Telang.
Ternyata seorang lagi rakyat Malaysia turut berjaya merangkul pingat emas pada pertandingan yang sama dengan hidangan yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia, Nasi Kandar.
Cef Zainal Abidin Abdullah membuat menu masakan yang amat dikenali oleh ramai rakyat Malaysia dan cukup terkenal di negeri Pulau Pinang, iaitu Nasi Kandar Kari Kambing.
Isteri kepada Cef Zainal, Zafirah Zain berkongsi kegembiraannya dengan memuat naik status di laman sosial Facebook kepunyaannya yang kini tular di media sosial.
Menerusi posting tersebut, Zafirah juga memberitahu bahawa ini bukan kali pertama suaminya menyertai pertandingan tersebut. Malah, suaminya pernah memenangi pingat perak dalam acara yang sama tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.