Penyanyi Nora Ariffin yang hilang permata hatinya, Muhammad Syakir Alif Johan pada 15 Disember lalu mendedahkan punca kematian anaknya itu disebabkan faktor genetik.
Walaupun pada awalnya Nora tidak memaklumkan punca kematian anaknya yang meninggal dunia pada usia 20 tahun walaupun setelah dibedah siasat.
"Alif meninggal dunia kerana faktor genetik, begitulah lebih kurang. Satu lagi kerana sudah ketentuan ajal,"
Menurut Nora, soal jodoh dan ajal maut semua rahsia Yang Maha Esa dan tiada siapa dapat melawan kuasa Allah.
"Walaupun kita menjaga kesihatan, kalau sudah sampai ajal akan meninggal juga," ujarnya.
Nora diuji dengan kehilangan suaminya sebelum ini, Johan Nawawi yang merupakan seorang composer ternama pada 24 Mac 2017.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.