Trending “Ucapan Innalillah Bukan Untuk Kematian Orang Islam Saja,” PU Azman Kongsi Ilmu Mengenai Ucapan RIP PU Azman jelaskan tentang ucapan Innalillah dan RIP. Editor 01 Sep 2020, 05:00 PM Share Tweet Pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Azman berkongsi serba sedikit ilmu mengenai ucapan Rest In Peace (RIP) di kalangan masyarakat yang sering diungkapkan apabila adanya kematian orang bukan Islam.PU Azman ataupun lebih mesra dengan panggilan Cik Man menjelaskan menerusi sebuah posting di akaun Instagramnya tentang ucapan RIP boleh digantikan dengan Innalillah dan juga takziah.“Gantikan RIP dengan ucapan Innalillah dan takziah. Takziah bukan doa untuk si mati.“Tetapi lebih kepada memberi motivasi dan semangat kepada keluarga si mati yang masih hidup sebab dorang tengah bersedih,” tulisnya. View this post on Instagram Gantikan RIP dengan ucapan INNALILLAH dan TAKZIAH. . Takziah bukan doa untuk si mati. Tapi lebih kepada memberi motivasi dan semangat kepada keluarga si mati yang masih hidup sebab diorang tengah sedih. . Jangan kau ucap tahniah pulak.A post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on Aug 29, 2020 at 12:28am PDTPersoalan itu ditanya netizen selepas kematian pelakon filem ‘Black Panther’, Chadwick Boseman yang meninggal dunia pada 28 Ogos lalu.Sumber: Instagram Share Tweet Filled Under : ucapan Innalillah RIP PUAzman *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.