Pendakwah, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menjawab sangkaan bahawa dia ada mendapat tawaran untuk menjalankan misi bantuan ke Gaza bersama isterinya, Neelofa pada Jun lalu.
Beliau juga berkata penyanyi, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ustaz Ebit Lew juga mendapat tawaran itu dan daripada sudah menjalankan perbincangan secara dalam talian bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
“Memang betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ustaz Ebit Lew mendapat tawaran untuk ke Gaza. Kami juga dijangka akan ke sana pada Jun lalu. Namun, saya dimaklumkan projek itu tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab.
“Kemudian, saya dapat tahu Ustaz Ebit Lew bersama pasukannya dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka. Itu adalah rezeki mereka,” katanya.
Menerusi hantaran di Instagram Story Caprice sebelum ini, namanya, Neelofa, Heliza dan Hazwani menjadi perbualan hangat yang mendakwa mereka sepatutnya ke Gaza bersama Ebit Lew.
Susulan itu, pelbagai spekulasi timbul daripada pendedahan itu yang mengatakan Ebit Lew mengambil kertas cadangan berkenaan bagi tujuan menjayakan misi sendiri dan tanpa individu lain.
“Cukup untuk saya jelaskan yang mana memang saya bersama yang lain termasuk Ebit Lew dijemput untuk ke sana. Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak ada pengetahuan apa-apa mengenainya.
“Saya harap perkara ini jelas dan orang ramai berhenti untuk membuat spekulasi. Saya berdoa semoga segala kebaikan yang kita kerjakan mendapat keredaan Allah,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.