Takbir raya berkumandang, hari yang begitu ceria. Baru sahaja berakhirnya hari wukuf di Araf semalam sudah tiba Hari Raya Aidiladha.
Pada waktu pagi hari raya Aidul Adha ini, eloklah jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan antaranya:
1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5. Sunat menjamah makan-minum selepas pulang dari masjid.
6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
8. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.
Semoga kita sentiasa berada di bawah keberkatan Illahi. Selamat Hari Raya Aidiladha!
Sumber: JAKIM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.