Sebagai ikhtiar memohon pertolongan dari Allah supaya menghapuskan wabak COVID-19, sekumpulan bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Sungai Golok, Thailand mengambil pendekatan khatam Al-Quran setiap malam.
Memetik laporan dari Sinar Harian, wakilnya Fakhrurrozi Fauzi berkata, setiap malam mereka akan mengagihkan surah sebelum memulakan bacaan di rumah masing-masing.
"Selepas itu, kami akan mulakan bacaan secara serentak di rumah masing-masing.
"Sejurus khatam al-Quran, kami akan berdoa memohon pertolongan dari ALLAH supaya semua kesulitan yang sedang melanda ketika ini pulih secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Tambah lagi, ini adalah masa terbaik untuk umat Islam membudayakan semula bacaan Al-Quran selain dapat mendekatkan diri kepada Allah.
"Inilah masa yang terbaik untuk kita kembali membudayakan semula bacaan al-Quran.
"Bila banyak baca al-Quran secara tidak langsung kita dapat mendekatkan lagi diri kepada ALLAH selain memahami isi kandungan kitab suci itu," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.