Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Pemakaian Cincin Dalam Kalangan Lelaki Merupakan Sebuah Sunnah

Selalunya cincin itu dipakai oleh wanita, tetapi ia juga boleh dipakai oleh lelaki.
 
06 Nov 2020, 07:00 PM

Cincin sering dikaitkan sebagai perhiasan terhadap wanita. Sama ada wanita tersebut merupakan seorang yang telah berkahwin, bertunang atau masih bujang, cincin merupakan pilihan utama untuk dipakai.

pemakaian cincin dalam kalangan lelaki merupakan sebuah sunnah

Tetapi ia juga boleh dipakai oleh lelaki. Pemakaian cincin dalam kalangan lelaki merupakan sebuah sunnah. Maka, jika memakainya seseorang itu akan diganjari pahala sunnah.

Jumhur ulama seperti dari kalangan Mazhab Syafi’e menyebut bahawa pemakaian cincin yang diganjari pahala sunnah adalah apabila ia dipakai dengan mempunyai tujuan tertentu.

Sebagai contoh, buat mereka yang ditugaskan sebagai pemimpin atau qadhi. Namun, untuk yang tiada tujuan terhadap cincin, maka lebih baik untuk tidak dipakainya.

Hal ini juga adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Anas RA:

Maksud: “Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom, beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan cop (sebagai pengesahan) ke atasnya. Maka, Baginda pun mengambil cincin peraknya. Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah.”

(Hadis Riwayat Bukhari, no. 5537)

Namun, apabila dilihat pada kebanyakan situasi hari ini, cop pengesahan sudah direka dalam pelbagai bentuk selain daripada cincin.

Jadi, tiada lagi kewajipan ke atas seseorang pemimpin untuk memakai cincin. Adapun, hukum asal pemakaiannya adalah harus.

Antara keperluan lain yang boleh wujud ke atas si pemakai ialah untuk menandakan dirinya yang sudah berkahwin atau berpunya dan sebagainya. Maka, dalam hal ini ia adalah dibolehkan.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}