Wilhelm Ott merupakan seorang peninju professional seni bela diri campuran (MMA), mengambil ikhtibar sebalik penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini membuka hatinya untuk memeluk Islam pada Jumaat lalu.
“Penularan wabak COVID-19 memberi saya rehat yang diperlukan untuk mencari kepercayaan dalam diri saya lagi,” katanya.
Menurut beliau, Ramadan yang bakal menjelma merupakan satu tarikh yang dinanti-nantikannya kerana ia bakal menjadi ibadah puasa yang pertama kali buat dirinya.
“Ramadan pertama saya sudah hampir dan saya menantikannya. Sebagai seorang atlet profesional, anda memerlukan keinginan yang kuat. Namun, sekarang saya mempunyai iman yang lebih kuat dan saya akan menjadi Inshaallah lebih kuat lagi,” tulisnya di laman Instagram pada Isnin.
Sebelum ini, Ott turut berkongsi saat manis dirinya memeluk Islam melalui sebuah video hantaran di Instagram yang menunjukkan dirinya sedang mengucap dua kalimah syahadah.
Dia mengakui bahawa dia sudah mula mengenali Islam bertahun-tahun lalu, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa dan membiarkan dirinya terpengaruh secara politik.
“Ketika saya mengalami masa-masa sukar, iman Islam memberi saya kekuatan yang diperlukan.
“Iman saya sekarang cukup kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar dan mengucap syahadah dan berbangga, kini saya bergelar Muslim,” katanya.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.