Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Perak Benarkan Solat Jumaat Dan Solat Hari Raya Aidilfitri Dengan Syarat

Mulai esok,15 Mei, solat Jumaat dibenarkan diadakan di masjid dan surau di negeri Perak.
14 May 2020, 12:58 PM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) mengambil langkah membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), selepas beberapa negeri telah membenarkan pelaksanaan itu.

perak benarkan solat jumaat dan solat hari raya aidilfitri dengan syarat

Kelonggaran itu juga hanya dihadkan 12 orang jemaah bagi satu-satu masjid termasuk imam dan khatib, beberapa syarat lain turut dipatuhi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPK, Shahrul Azam Shaari, solat Jumaat dibenarkan diadakan di masjid dan surau diri Jumaat di negeri Perak, mulai esok (15 Mei).

Memetik laporan dari Awani, setiap jemaah hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran di samping mengambil wuduk sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah masing-masing.

Syarat-syarat lain ialah:-

  • Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau diri Jumaat dibenarkan untuk menggunakan pembesar suara luar semasa bacaan teks khutbah dan takbir untuk manfaat ahli-ahli kariah di sekitar masjid dan surau;
  • Tempoh masa bermula azan, khutbah hingga selesai Solat Jumaat, begitu juga tempoh mula bertakbir hingga selesai khutbah Solat Aidilfitri di dalam masjid dan surau dihadkan tidak melebihi 20 minit;
  • Penyusunan saf dan kedudukan dalam masjid atau surau diri Jumaat hendaklah mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; dan
  • Para jemaah hendaklah bersurai dan tidak mengadakan sebarang jamuan makan minum di masjid/surau selepas selesai urusan Solat Sunat Aidilfitri.

Bahkan, masjid dan surau diri Jumaat masih tidak dibuka kepada orang awam, sebaliknya kebenaran ini hanya diberikan kepada ahli Jawatankuasa Kariah dan Pegawai masjid dan surau.

Arahan dan ketetapan yang diberikan akan berkuat kuasa serta-merta sehingga dikeluarkan apa-apa arahan baharu daripada MAIPK.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}