Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Awas! Elakkan Perbuatan Memperkecilkan Nikmat Yang Allah Berikan

Bayangkan jika orang lain yang sedang dalam kesusahan mendapat nikmat yang sedang kita perkecilkan ini.
Editor
30 Sep 2020, 07:12 PM

Memang cukup mudah untuk kita merungut dan mengeluh tatkala menghadapi situasi yang tidak kita sukai. Awas ya, takut perbuatan ini adalah tanda bahawa kita sedang memperkecil-kecilkan nikmat yang Allah berikan.

Bayangkan jika orang lain yang sedang dalam kesusahan mendapat nikmat yang sedang kita perkecilkan ini, alangkah gembiranya mereka dengan apa yang didapati.

awas! elakkan perbuatan memperkecilkan nikmat yang allah berikan

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, itulah yang lebih baik supaya kamu tidak merendah-rendahkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu”. (HR Tirmidzi, no.2437 – Status hadis sahih)

Allah berkata bahawa jika hambaNya bersyukur maka Dia akan menambah nikmat. Dan pertambahan nikmat ini boleh berlaku dalam banyak bentuk sama ada kesihatan, kebahagian, kekayaan dan lain-lain.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat” (Ibrahim: 7)

awas! elakkan perbuatan memperkecilkan nikmat yang allah berikan

Maksud bersyukur ini bukan bermakna kita berdiam diri dan menerima sahaja semua perkara. Ia tidak menafikan usaha yang masih perlu dilakukan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu. Ia juga bukan bermaksud kita perlu berdiam diri apabila dizalimi.

Syukur adalah keadaan di mana ia membuatkan hati kita tidak merungut-rungut atas rezeki dan nikmat yang diperoleh. Ia mengajar hati kita lebih tenang dan tidak berkeluh-kesah dengan apa pun yang dilalui dalam hidup. Semoga Allah mengurniakankita hati yang tahu bersyukur atas segala nikmatnya.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}