Ketika langkah mencegah penularan wabak COVID-19 sedang dilaksanakan, ramai rakyat akan menghadapi kesukaran terutama sekali peniaga-peniaga kecil.
Oleh itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri akan mengambil langkah proaktif untuk membantu golongan asnaf yang menghadapi kesukaran hidup pada waktu ini.
Beliau turut berkata, ini termasuk mereka yang terjejas pendapatan pada masa ini walaupun mereka tidak disenaraikan sebagai asnaf.
"Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat," katanya dalam Perutusan Khas pada hari ini.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.