Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

7 Perkara Menarik Yang Tak Boleh Dilepaskan Di Pameran Halal Terbesar Ini. Jom Pergi!

Bolehlah rancang trip anda ke sana.
Editor
26 Mar 2019, 02:49 PM

7 perkara menarik yang tak boleh dilepaskan di pameran halal terbesar ini. jom pergi!

Halal, bukan sekadar terletak pada makanan dan minuman yang diambil setiap hari. Konsep halal itu luas sehinggakan kepada produk kosmetik dan logistik. Jadi tidak hairan jika anda dapat lihat 1.5 juta produk dan perkhidmatan dari 1000 pempamer di Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa (MIHAS) yang berlangsung dari 3 hingga 6 April 2019 ini di MITEC.

Pameran yang memasuki tahun ke-16 penganjuran ini juga diiktiraf sebagai Pameran Perdagangan Halal Terbesar di Malaysia yang bukan sahaja melibatkan mereka yang terlibat dalam pasaran produk-produk muslim termasuk pengendali makanan, ubat-ubatan, kosmetik, pelancongan, kewangan, logistik dan digital, tetapi sesiapa pun boleh hadir ke pameran ini untuk menambah pengetahuan tentang industri halal.

 

A post shared by MIHAS 2019 (@mihas_malaysia) on

Dengan lebih daripada 20,000 pengunjung setiap tahun dari kira-kira 70 negara, memang banyak produk yang boleh anda temui di pameran ini dan tentunya banyak perkara menarik yang boleh anda dapati di MIHAS. Dan untuk penganjuran tahun ini, 7 perkara ini boleh anda jangkakan:  

#1 Menyaksikan dan merasi demonstrasi masakan daripada pengendali makanan halal dan mereka yang terlibat dengan produk-produk muslim.

7 perkara menarik yang tak boleh dilepaskan di pameran halal terbesar ini. jom pergi!

#2 Mengikuti 8 persidangan dan lebih 150 panel pakar dari industri halal untuk menambah ilmu tentang industri dan trend pemasaran termasuklah Persidangan Pelancongan Islam, Forum Inovasi Halal dan Ceramah Perdagangan oleh MATRADE.

 

A post shared by MIHAS 2019 (@mihas_malaysia) on

#3 Melihat sendiri produk tempatan dan antarabangsa termasuk produk penjagaan muka halal, sebahagiannya tidak pernah anda dengari kerana belum memasuki pasaran Malaysia.

7 perkara menarik yang tak boleh dilepaskan di pameran halal terbesar ini. jom pergi!

#4 Pameran ubat-ubatan halal termasuk proses pembuatan, bahan digunakan dan urusan logistik sebelum sampai di tangan pengguna.

#5 Pameran produk dan perkhidmatan Halal yang dipamerkan meliputi 8 sektor industri termasuk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, kewangan, pelancongan, e-commerce, logistik  dan yang terkini, fesyen sopan.

 

A post shared by MIHAS 2019 (@mihas_malaysia) on

#6 Anda yang berminat mencari ruang dan peluang memasarkan produk atau mencari produk untuk dipasarkan, bolehlah mendaftar sebahagi pengunjung perdagangan untuk urusan networking.

 

A post shared by MIHAS 2019 (@mihas_malaysia) on

 #7 Disertai pengilang halal terbesar dalam industri F&B dan farmaseutikal serta lebih 100 syarikat snek dan confectionary Asia.

Menarik, kan? Memang rugi kalau anda tak pergi dan tengok sendiri MIHAS 2019 ni. MIHAS 2019 terbuka kepada pelawat awam pada 6 April 2019 berusia 18 tahun ke atas sahaja dan kemasukannya adalah percuma. Klik di sini untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}