Ramai yang berasa memasak daging ini, renyah kerana kerana masak dengan betul dan sempurna, kalau tidak daging akan rasa liat dan susah nak kunyah.
Ini ada beberapa petua yang anda boleh ikut nak bagi daging masak dengan lembut tanpa dimasak atau direbus lama-lama.
via GIPHY
#1 Potong daging lawan urat
Bila nak potoong daging, tengok ‘urat’ daging dahulu. Potong lawan arah supaya urat tidak terputus. Senang daging nak empuk.
#2 Rebus daging sambil sambil tutup periuk
Ini petua orang dulu-dulu, daging yang kita rebus lebih baik ditutup dengan tudung periuk. Dan diletakkan lesung batu atau apa sahaja yang berat supaya wap air tidak keluar. Garam dimasukkan pada akhir sekali.
#3 Rebus bersama kurma
Ada yang kata biji kurma, ada juga yang kata kurma. Tapi bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatic jadi manis dan daging juga jadi lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.
#4 Rebus bersama nenas
Fungsi nenas ini untuk melembutkan daging dan buat daging rasa lebih enak. Kalau periuk kecil cukup 1 atau 2 hirisan nenas. Terlebih nanti takut jadi pajeri nenas la pula kan.
#5 Rendam bersama soda bikarbonat
Sapu sedikit soda bikarbonat pada daging. Tak terlalu lama tunggu daging menjadi lembut. Mudah kan. Bila nampak gaya daging sudah lembut, basuh daging terlebih dahulu sebelum memasak.
Selamat memasak!
Sumber: Pesona Pengantin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.