Selain menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal, amalan sunat turut dilakukan juga seperti amalan puasa sunat enam. Amalan ini dilakukan ketika dalam bulan Syawal sahaja.
Ramai turut tertanya boleh kah kita gabungkan sekali puasa sunat enam dengan puasa ganti.
Isu menggabungkan dua ibadat dengan menggunakan satu niat (tasyrik) banyak perselisihan pendapat. Menurut penceramah bebas Mohd Sobri berkata, lebih afdal dan utama bagi wanita mengasingkan puasa enam dan puasa qada yang dilakukan sebagai ganti terhadap puasa yang ditinggalkan kerana haid.
Untuk mendapatkan ganjaran pahala berkat, wanita harus mengasingkan puasa sunat enam dan puasa ganti. Jadi antara dua puasa ini yang mana satu harus didahulukan?
Menurut penceramah bebas dari Mudir Pondok Turath Islam Baitussaadah berkata, lebih afdal jika wanita melakukan puasa sunat enam dahulu dalam bulan Syawal dan setelah selesai barulah dilakukan puasa ganti tersebut.
Jika dilihat di umat Islam di Malaysia cenderung mengikuti Mazhab Imam Syafie, justeru itu mengikuti pandangan dari Imam Syafie dimana amal ibadat puasa sunat enam dan puasa ganti dilakukan secara berasingan.
Sumber: WANISTA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.