Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Puasa Sunat Enam Syawal Dilakukan Secara Berturut-Turut Atau Boleh Dilakukan Secara Selang Seli

Besarnya ganjaran yang dikurniakanNya terhadap mereka yang melakukan puasa sunat enam Syawal.
Editor
01 Jun 2020, 12:15 PM

Kita mengetahui bahawa ganjaran yang dikurniakanNya terhadap mereka yang melakukan puasa sunat enam Syawal ini adalah seperti telah melakukan puasa selama setahun.

puasa sunat enam syawal dilakukan secara berturut-turut atau boleh dilakukan secara selang seli

Besarnya ganjaran yang telah Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak ada pada umat nabi-nabi sebelumnya.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksud: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.”

Hadis Riwayat Muslim (no. 1164)

Namun, dalam perlaksanaannya, mungkin ramai yang masih keliru sama ada ia afdal dilakukan secara berturut-turut selama enam hari atau boleh juga dilakukan secara selang-seli, asalkan cukup dalam bulan Syawal.

Menurut pendapat jumhur ulama seperti Imam Nawawi dan dari kalangan Mazhab Syafi’e, sunnah untuk melakukannya secara berturut-turut. Hal ini adalah kepada dalil yang menyuruh supaya bersegera melakukan kebaikan.

Imam Nawawi RA berkata – “Menurut ulama Syafi’iyyah, puasa enam hari di bulan Syawal disunnahkan berdasarkan hadis di atas. Disunnahkan melakukannya secara berturut-turut di awal Syawal. Jika tidak berturut-turut atau tidak dilakukan di awal Syawal, maka ia dibolehkan juga. Seperti itu, sudah diibaratkan melakukan puasa Syawal sesuai yang dianjurkan dalam hadis. Sunnah ini tidak diperselisihi di antara ulama Syafi’e. Begitu juga, ia menjadi pendapat Imam Ahmad dan Daud.”

Al-Majmu’ (6:276)

Apa yang boleh kita fahamkan di sini bahawa hukumnya sunat dilakukan secara berturut-turut supaya dapat mengawalkan puasa Syawal.

Ia bagi mengelakkan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti tiba-tiba jatuh sakit dan sebagainya.

Namun, tidak mengapa jika ia tidak dilakukan secara berturut. Anda boleh melakukannya mengikut kemampuan sendiri.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}