Selain daripada berpuasa pada bulan Ramadan, dalam bulan Muharam ada hari yang amat digalakkan kita berpuasa iaitu pada hari Tasuu’a (9 Muharam) dan Asyura’ (10 Muharam).
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ
Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan daripada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari, no.1867 – Status Hadis Sahih)
Menurut hadis, hari ke 10-Muharam adalah hari yang diagungkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani kerana ia adalah hari di mana Nabi Musa mengalahkan Firaun.
Lalu Rasulullah berkata,
“…kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah.” (HR. Bukhari, no.4312 – Status Hadis Sahih)
Namun, bagi membezakan sedikit ibadah kaum Muslim dengan Kaum Yahudi dan Nasrani, maka Rasulullah SAW juga menyuruh umat Islam berpuasa pada hari ke-9 yang dipanggil Hari Tasuu’a.
Jika tidak mampu atau telah terlepas berpuasa pada hari ke-9 (Tasuu’a) kerana terdapat halangan atau kekangan, maka anda boleh juga berpuasa pada hari Asyura sahaja atau lebih baik lagi ditambah dengan sehari selepasnya iaitu pada 11 Muharam.
Apa kelebihan Puasa Asyura? Menurut hadis, sesiapa yang melaksanakan ibadah puasa pada hari tersebut ia mampu menjadi penebus dosa setahun yang lalu.
Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:
سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة
Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim, no.1976 – Status Hadis Sahih)
Pada tahun ini Puasa Tasuu’a jatuh pada hari Jumaat, 28 Ogos 2020 manakala Hari Asyura pada 29 Ogos 2020. Jika tiada halangan, jom sama-sama kita berpuasa!
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.