Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Rahsia Sebalik Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal

Ganjaran bagi yang berpuasa di bulan Ramadan dan Syawal adalah berpuasa sepanjang tahun.
Editor
28 May 2020, 01:25 PM

Jika ganjaran bagi yang beramal di malam lailatul Qadar adalah lebih baik daripada 1000 bulan, maka ganjaran bagi yang berpuasa di bulan Ramadan dan Syawal adalah berpuasa sepanjang tahun.

rahsia sebalik puasa sunat enam hari di bulan syawal

Daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.”

(Riwayat Muslim, no. 1164)

Jika ada yang masih tertanya-tanya mengapa perlu berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal, maka ini antara hikmah yang terkandung di sebaliknya.

#1 Ganjaran Berpuasa Selama Setahun

Kenyataan ini dikuatkan dengan sabda Rasulullah SAW yang lain.

(مَنْ صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ كَانَ تَمَامَ السَّنَةِ (مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

“Barangsiapa berpuasa enam hari setelah Idul Fitri, maka dia seperti berpuasa setahun penuh. (Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh kebaikan yang sama)”

Justeru mengikut perkiraan para ulama, 30 hari berpuasa Ramadan bersamaan dengan berpuasa selama 300 hari (30 x 10 = 300 hari).

Ditambah dengan 6 hari Syawal (6 x 10 = 60 hari), maka jumlahnya menjadi 360 hari.

#2 Tanda Diterima Amalan Pada Bulan Ramadan

Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah mengatakan bahawa kembali melakukan puasa setelah puasa Ramadan merupakan tanda diterimanya amalan puasa Ramadan. Jika Allah menerima amalan seseorang hamba, Allah akan memberinya petunjuk untuk dia melakukan amal soleh selepas itu.

#3 Tanda Syukur Kepada Allah

Kita telah melalui Ramadan dengan sempurna. Allah juga telah menyediakan ganjaran berlipat kali ganda, maka berpuasa pada bulan Syawal adalah cara kita menyatakan rasa syukur kepada Allah.

Sedangkan Nabi SAW sendiri apabila ditanya oleh isterinya, Saidatina Aisyah – “Mengapa engkau masih melakukan solat malam sebegini ya Rasulullah (sehingga bengkak kaki)? Sedangkan Allah sudah mengampunkan dosamu yang telah lalu atau akan datang”

Maka dijawab Nabi SAW,

أَفَلاَ أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ عَبْدًا شَكُورًا

“Tidakkah aku senang menjadi hamba yang bersyukur?”

#4 Sebagai Cara Untuk Memperbaiki Kekurangan Di Bulan Ramadan

Sesungguhnya setiap amalan fardhu itu akan diperelokkan dan disempurnakan dengan amalan sunat. Ini seperti yang terdapat di dalam hadis Nabi SAW. Dan kebanyakan manusia yang melakukan puasa wajib tidak dapat lari daripada kekurangan dan kecacatan, oleh itu puasa sunatlah yang akan memperbaiki dan menyempurnakannya.”

[(Rujuk: Lataif al-Ma’rifah li Ibnu Rajab, 1/220) – diambil daripada keterangan di web Mufti Wilayah Persekutuan)]

#5 Peluang Untuk Bertaubat Kepada Allah

Allah mengingatkan bahawa apabila seseorang anak Adam itu melakukan dosa, itu bukan bermakna dia telah menemui jalan buntu. Masih ada jalan untuk keluar ke arah ‘cahaya’ iaitu dengan mengiringi dosa yang telah dilakukan dengan amal kebaikan kerana kebaikan tersebut mampu menghapus cela dosa yang telah dilakukan.

#6 Tanda Ibadahnya Tidak Mengikut Musim

Kata ramai orang, mereka tidak mahu cinta yang bermusim. Apabila sedang dalam keadaan senang, cinta menjadi kuat. Tetapi dalam keadaan kurang dan lemah, cinta layu tidak dijaga.

Begitu juga dalam hubungan antara seorang hamba dan Rabnya. Amal ibadah yang tetap dilakukan walau Ramadan telah berlalu adalah bukti bahawa cinta dan usahanya untuk mendekati Allah itu tidak bermusim, dan bukan kerana kemeriahan suasana semata-mata.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}