Bulan Ramadan paling meriah tentunya bazar Ramadan. Sebut sahaja makanan apa yang terlintas di kepala, hampir kesemuanya ada di bazar. Tetapi sedar tak kita, di saat kita menikmati makanan sepenuh meja, masih ada saudara kita di luar sana yang tiada makanan untuk berbuka?
Menyedari perkara ini, Islamic Relief, sebuah organisasi bantuan dan pembangunan amal antarabangsa, menggerakkan inisiatif menyediakan bantuan kemanusiaan dalam pelbagai bidang, tanpa mengira kaum, agama, jantina atau fahaman politik di lebih 45 buah negara.
Dan melalui Islamic Relief Malaysia (IRM), bantuan kemanusiaan difokuskan kepada rantau Asia Pasifik dan pada masa sama menjana dana bagi projek antarabangsa dan tempatan serta sebagai pelaksana projek tempatan.
Kempen #SalamRamadan, salah satu projek IRM di bulan mulia ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu kemanusiaan global. Melalui kempen ini, IRM menyasarkan kutipan dana sebanyak RM10 juta untuk sektor kesihatan, makanan, pendidikan, air, sanitasi dan kebersihan, perlindungan, orang kelainan upaya (OKU) serta anak yatim.
Ini 5 fakta kempen #SalamRamadan…
#1 Memberi impak kepada 63,000 penerima manfaat di Malaysia dan 3.4 juta penerima manfaat di luar negara melalui pelbagai projek seperti Pek Makanan Ramadan, mySedekah, projek tempatan, projek antarabangsa, kecemasan, wakaf dan Al-Yateem.
#2 Selain Malaysia, negara-negara seperti Bangladesh, Bosnia dan Herzegovina, Chad, Ethiopia, India, Iraq, Jordan, Kenya, Kosovo, Lebanon, Syria, Palestine (Gaza), Palestin (Tebing Barat) dan Yaman turut melaksanakan aktiviti Pek Makanan Ramadan.
#3 Pek makanan asas dibekalkan mengikut keperluan negara masing-masing. Di Malaysia, pek makanan mengandungi makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, garam dan beberapa barangan keperluan lain.
#4 Penerima manfaat yang terpilih adalah terdiri daripada golongan fakir, miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim, OKU, warga emas dan golongan yang layak mengikut penilaian serta kriteria yang ditetapkan oleh IRM.
#5 Bagi tahun 2018, IRM menyasarkan agihan 6,300 pek makanan Ramadan di seluruh Malaysia dan 308,000 pek makanan di lebih 30 negara.
Layari laman web rasmi, Facebook atau hubungi Islamic Relief Malaysia di talian 03 8926 3434 untuk info lanjut tentang program kemanusiaan dan untuk memberikan sumbangan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.