Trending Sari Yanti Umum Hamil Enam Bulan Tahniah Sari Yanti dan Jep! Editor 25 Feb 2020, 12:11 PM Share Tweet Tahniah diucapkan kepada pelakon Sari Yanti dan suami, Jep Sepahtu yang telah mengumumkan bahawa mereka bakal menanti kehadiran Yahli baru dalam keluarga.Sari berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah entri di laman Instagram kepunyaannya, bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang ketiga bersama suami.“Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru .. insyaallah.Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga.”Menerusi entri tersebut, Sari turut berkongsi bahawa usia kandungan sudah pun mencecah enam bulan. View this post on Instagram Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat. amin ❤ . . Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru .. insyaallah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga 🤗 . Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary 💋❤ . Nota kaki : my 6th pregnancy. #6monthpregnantA post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on Feb 24, 2020 at 5:14am PSTSari dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang puteri, Dariya Inara yang kini mencecah usia dua tahun.Sebelum ini, menerusi perkahwinan pertama, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.Sumber: Instagram Share Tweet Filled Under : sariyanti jepsepahtu hamil enambulan hiburan *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.