Demam denggi berpunca daripada nyamuk. Apabila perubahan musim, dan badan kita sering tidak sihat, agak sukar untuk kita tentukan sama ada itu demam denggi atau tidak. Jadi, jika anda mengalami 5 tanda ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana anda mungkin mengalami demam denggi.
1. Demam selama 3 hari hingga 7 hari. Tak kisahlah demam itu terlalu panas atau sekadar demam biasa namun jika berlarutan segera dapatkan nasihat daripada doktor.
2. Untuk tanda yang lebih jelas, anda akan mengalami demam yang teruk pada awalnya. Kemudian anda akan rasa sakit kepala, sakit mata, sakit bahagian belakang dan juga sakit otot serta sendi. Kadang-kadang kulit anda akan naik ruam.
3. Demam yang anda alami juga boleh menceceah 40 hingga 41 C. Untuk kanak-kanak bawah umur 6 tahun, ia boleh menyebabkan serangan sawan.
4. Ruam pula akan muncul selepas demam hari yang ke 3 atau 4.
5. Demam denggi juga menyebabkan anda kurang selera makan dan muntah.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.