Susulan penularan wabak COVID-19, Selangor juga telah mengumumkan ada beberapa langkah akan dikuatkuasakan mulai 17 Mac 2020.
Solat Jumaat di seluruh negeri Selangor adalah ditangguhkan sehingga 17 April 2020. Namun, solat Jumaat wajib digantikan dengan solat Zohor di rumah kediaman masing-masing.
Solat secara berjemaah, aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ceramah dan kuliah agama di semua masjid, surau dan musolla hendaklah ditangguhkan juga sehingga 17 April 2020.
Jika wabak COVID-19 ini dpat dibendung dan diatasi dalam tempoh masa yang lebih awal, maka satu arahan baru akan kelak diberitahu.
Laungan azan hendaklah terus dilaksanakan seperti biasa bagi menandakan masuk waktu solat.
Akhir sekali, Qunut Nazilah digalakkan untuk dibaca oleh semua rakyat bagi memohon perlindungan dari Yang Maha Esa agar penularan wabak COVID-19 ini segera berakhir.
Sumber: Astro Radio News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.