Ada satu gambar pernah tular di sosial media, kelihatan seorang pemuda menikmati makan tengah hari seorang diri di sebuah restoran. Dan dinyatakan dengan caption bahawa pemuda itu sunyi kerana makan sendirian.
Namun ramai warga net tidak setuju dengan kenyataan tersebut dan memberi pendapat mereka tersendiri. Sebenarnya, tiada masalah pun jika seseorang itu ingin masa untuk bersendirian. Malah, perkara tersebut merupakan terapi untuk diri anda.
Apabila anda bersendirian ataupun kata lain alone time, waktu inilah untuk anda rehatkan fikiran. Tidak semestinya itu bermaksud anda sunyi. Persepsi masyarakat tentang hal ini menjadi satu norma kerana ini bukan satu kebiasaan.
Tetapi tidak salah jika anda ingin alone time dengan membeli belah sendirian, menonton wayang seorang diri malah makan di restoran sendirian. Yang penting anda memberitahu orang lain di mana keberadaan anda sebagai langkah keselamatan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.