Sihir pemisah tidak boleh dilihat dengan mata kasar, dan tugas utama sihir pemisah ini adalah untuk menamatkan hubungan pasangan yang sedang bercinta, bertunang dan pasangan yang telah berkahwin.
Sihir pemisah ini turut dipanggil sebagai sihir penghalang jodoh. Sihir ini juga dapat mencetuskan pergaduhan antara ahli keluarga. Sihir seperti ini biasanya dihantar oleh seseorang yang mempunyai niat yang jahat ataupun mempunyai tujuan sendiri yang tidak elok.
Tanda-tanda awal sekiranya terkena sihir pemisah:
- Kerap sakit pada bahagian belakang, tengkuk dan urat belikat
- Kerap berasa sesak nafas, sakit dada dan ulu hati
- Selalu berasa resah gelisah dan berdebar tanpa sebab terutama dari waktu Asar ke atas
- Sering berasa sakit kepala yang tidak mahu hilang walau makan ubat
- Kerap kembung perut sedawa angin
- Kerap rasa berdenyut pada bahagian ari-ari bagi wanita
- Kitaran haid menjadi tidak normail dan tidak teratur
- Lambat mendapat zuriat
- Mudah menjadi rimas dan mudah marah bila berdepan suami/isteri
- Sering bergaduh besar walaupun untuk punca perkara yang kecil
- Ketika marah seringkali meminta cerai
- Tidak suka tidur bersama
- Nafsu terhadap suami/isteri sudah hilang
- Tercium bau badan busuk hanyir, nafas berbau pada tubuh suami/isteri
- Lebih suka bersendirian di dalam bilik
- Tidak suka tempat yang bising
- Sukar tidur malam
- Kerap mimpi sedang menyusu dan bermain dengan bayi
- Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa yang lain
- Kerap mimpi pasangan sendiri berlaku curang
- Perasaan curiga dan cemburu buta menjadi semakin kuat
- Sering bermimpi tempat kotor dan busuk
- Kerap terbau kemenyan, colok dan setanggi
- Bila berjauhan dengan pasangan, perasaan rindu dan sayang menjadi sangat menebal
- Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali
- Menjadi resah gelisah tatkala terdengar azan dan ayat suci Al-Quran
- Selalu bermimpi sedang bersetubuh dengan orang lain
Jika diri anda atauapun pasangan menunjukkan sebarang tanda-tanda di atas, anda perlu segera bertindak dengan mendapatkan rawatan cara Islam.
Sumber: Pesona Pengantin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.