Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Soalan-Soalan Yang Ditanya Oleh Dajjal Kepada Tamim al-Dari.

Nabi Muhammad SAW selalu memberi pesanan kepada umatnya tentang Dajjal dan agar berjaga-jaga dengan fitnahnya.
Editor
21 Dec 2020, 12:05 PM

Nabi Muhammad SAW selalu memberi pesanan kepada umatnya tentang Dajjal dan agar berjaga—jaga dengan fitnahnya. Menurut hadis sahih riwayat Muslim (7029), seorang pemuda yang bernama Tamim al-Dari pernah berkata kepada Rasulullah SAW bahawa dia pernah berjumpa dengan Dajjal di sebuah pulau.

soalan-soalan yang ditanya oleh dajjal kepada tamim al-dari.

Tamim al-Dari, seorang Arab Nasrani pada waktu itu beliau tidak memeluk Islam sedang berlayar dengan pelayar Arab. Namun, mereka sesat di lautan akibat ribut dan ombak yang bergelora, lalu mereka berhenti di satu pulau.

Di situ, Tamim dan para pelayar Arab bertemu dengan satu binatang yang tidak diketahui namanya. Badannya besar dan berbulu sehingga tidak dapat membezakan antara bahagian belakang dan depan. Binatang tersebut menyatakan dirinya sebagai Jassasah dan lalu berkata kepada Tamim dan pelayar Arab bahawa ada seseorang yang menunggu kehadiran mereka di dalam gua.

Lalu mereka berangkat ke gua tersebut dan bertemu dengan seorang pemuda yang besar dan tinggi, berambut kerinting dan diikat dengan besi. Tamim bertanya siapa dirinya. Tapi pemuda itu bertanya kembali kepada Tamim siapa mereka. Lalu Tamim berjawab bahawa mereka adalah orang Arab. Dan pemuda tersebut bertanyakan 4 soalan kepada mereka.

  1. Bagaimana dengan keadaan ladang kurma di Baisan? Masih berbuah?

Lalu Tamim l-Dari menjawab “Ya, masih berbuah dengan banyak.” Pemuda itu kemudian berkata nanti akan ada zaman dimana ladang tersebut tidak akan berbuah lagi.

  1. Bagaimana dengan keadaan Tasik Thabariyyah? Masih kah tasik itu banyak air?

Tamim al-Dari menjawab “Ya, masih banyak lagi.” Lalu pemuda itu pun berkata bahawa akan ada suatu masa, tasik itu akan kering.

  1. Bagaimana dengan Air Zughar? Masihkah banyak airnya?

Tamim jawab lagi bahawa air itu masih banyak. Dan pemuda itu berkata lagi sekali bahawa nanti akan ada zaman dimana air itu akan surut dan mengering.

  1. Terangkan kepada ku tentang Nabi yang diutuskan yang tidak boleh membaca atau menulis. Apa yang dilakukannya?

Lalu orang Arab Nasrani itu berkata bahawa dia telah keluar dari Mekah dan sedang menetap di Yathrib (Madinah). Pemuda itu pun bertanya “Adakah orang-orang dia memeranginya?” Lalu Tamim menjawab “Ya.” Pemuda itu bertanya lagi bagaimana mereka (orang arab) memperlakukannya. Tamim menjawab dia dipulaukan oleh bangsanya dan berhijrah ke Yathrib yang memeluk Islam, menerimanya dan mematuhi perintahnya. Lalu pemuda itu pun berkata bahawa “Lebih baik kepada orang yang mengikutnya.”

Selepas empat soalan itu ditanyakan oleh pemuda tersebut lalu dia memberitahu kepada pelayar-pelayar Arab tersebut tentang dirinya yang sebenar. Dia berkata bahawa dialah yang bernama Al-Masih. Dan dia akan diizinkan keluar pada suatu masa dan akan berjalan selama 40 malam di seluruh muka bumi ini kecuali dua tempat iaitu Mekah dan Madinah. Kedua kota itu diharamkan kepadanya dan setiap kali Dajjal ingin memasuki salah satu kota itu, Malaikat akan menghalangnya dengan memegang pedang. Setiap penjuru dan celah kedua kota tersebut akan dijaga oleh malaikat.

Sumber:

Youtube The Merciful Servant – The Island Of Dajjal

Youtube The Merciful Servant – The Man Who Met Dajjal

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}