Seluruh umat Islam di Malaysia disarankan untuk mengikut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari ini, Jumaat, 27 Mac 2020.
Solat Hajat tersebut boleh dilakukan selepas solat Zuhur di rumah kediaman masing-masing serta memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk DrZulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau juga berkata Yang di-Pertuan Agong, menitahkan kepadanya perkara tersebut pada hari Khamis supaya memberi cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi wabak COVID-19 yang melanda negara ini.
“Berdasarkan taakulan saya (membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik), dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada Jumaat, 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing.
Setakat ini, jumlah kes keseluruhan positif COVID-19 adalah seramai 2,031 pesakit dan jumlah kes kematian pula adalah sebanyak 23 kes.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.