Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Solat Jenazah Bukan Sebab COVID-19 Hanya Dilakukan Di Rumah, Premis Persendirian Sepanjang Tempoh PKP

Pengurusan jenazah harus dilakukan dengan secepat mungkin, doa yang dibaca semasa pengebumian hendaklah ringkas.
Editor
31 Mar 2020, 12:16 PM

solat jenazah bukan sebab covid-19 hanya dilakukan di rumah, premis persendirian sepanjang tempoh pkp

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, solat jenazah bagi kematian yang bukan akibat COVID-19 hanya boleh dilakukan di rumah atau premis persendirian dengan kehadiran pegawai masjid serta ahli keluarga terdekat sahaja.

Menurut pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Mohd Yusof Yahya berkata segala urusan pengebumian hendaklah melibatkan sebilangan kecil anggota keluarga terdekat sahaja. Anjuran tahlil serta kenduri arwah tidak dibenarkan dilakukan sepanjang tempoh PKP sehingga 14 April.

Beliau juga berkata jika kematian itu berlaku di hospital, jenazah hendaklah diuruskan (mandi dan kafan) di premis terbabit dan jika ia berlaku di rumah, keluarga perlu mendapatkan nasihat pegawai kesihatan sama ada jenazah diuruskan di hospital atau di rumah.

Ahli keluarga yang menguruskan jenazah dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung, apron dan sarung tangan selain menggelakkan air mandian terpercik atau terkena pengendali.

"JAIPk memandang serius ancaman COVID-19 dan usaha ini untuk mencegah penularan serta jangkitan dalam skala lebih besar," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kaum keluarga perlu mengelak daripada menyentuh, memeluk atau mencium jenazah.

Mohd Yusof turut berkata pengurusan jenazah harus dilakukan dengan secepat mungkin tanpa menunggu kepulangan saudara mara yang jauh dan doa yang dibaca di waktu pengebumian juga hendaklah ringkas.

"Semua pegawai masjid dan ahli kariah diarah mematuhi arahan ini sehingga arahan rasmi terkini dari semasa ke semasa dikeluarkan," katanya.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}