Walaupun penularan COVID-19 di seluruh dunia masih mencemaskan orang ramai, namun Solat Jumaat akan diteruskan di masjid seluruh negara.
Menurut Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ia selaras dengan Firman Allah SWT dan hukum asal solat Jumaat iaitu wajib.
Bagaimanapun tegas beliau, setiap masjid perlu mengambil langkah bersesuaian bagi mengurangkan risiko penyebaran virus itu.
Antara yang disarankan ialah ambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan khutbah perlu dipendekkan bagi kurangkan jemaah terdedah dengan persekitaran.
Untuk perkembangan lebih lanjut tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Astro Radio News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.