Berita tentang pengubahan status Hagia Sophia menjadi masjid semula menggemparkan seluruh dunia. Bahkan ada beberapa negara yang membantah keputusan tersebut seperti Greece dan Amerika Syarikat tapi rata-rata orang Islam di seluruh dunia memanjatkan kesyukuran terhadap keputusan Mahkamah akan tapak warisan itu.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut memaklumkan umat Islam akan mula menunaikan solat Jumaat yang pertama di Hagia Sophia pada 24 Julai ini.
"Dengan kuasa Tuhan, kita akan melakukan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka Hagia Sophia untuk beribadah.
"Seperti semua masjid kita, pintu Hagia Sophia akan dibuka kepada semua penduduk tempatan dan orang luar, Muslim dan bukan Muslim.," kata Erdogan.
Sebelum ini, tapak warisan ituu membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan tersebut yang dibina sejak kurun keenam.
Hagia Sophia ditukar kepada masjid pada 1453 ketika kerajaan Uthmaniah berjaya menawan Istanbul yang sebelum ini dikenali sebagai Constantinople.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.