Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

3 Tahun Isteri Tak Boleh Kencing, Suami Sanggup Dermakan Buah Pinggang

"Aku bertanggungjawab untuk menjaga isteri aku."
Editor
18 Aug 2020, 12:18 PM

Selalunya kita dengar sebalik seorang lelaki yang hebat adalah seorang isteri yang sanggup berkorban demi suami tercinta. Kisah kali ini, seorang suami sanggup berkorban dermakan buah pinggangnya kepada isteri yang mengalami kegagalan fungsi kedua-dua buah pinggang.

3 tahun isteri tak boleh kencing, suami sanggup berkorban dermakan buah pinggang

Mohammad Hilmi berkongsi kisah di laman Facebook mengenai isterinya, Noratiqah Abd Latif, 32, yang mengalami kerosakan buah pinggang kronik tahap lima sebelum menjalani rawatan pemindahan buah pinggang di hospital awam pada 28 Julai lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Mohammad Hilmi berkata, perkahwinan mereka yang telah dibina sejak enam tahun lalu menjalani pelbagai jenis dugaan apabila isterinya disahkan menghidap penyakit kronik itu pada tahun 2017.

“Setelah selamat aku nikah dan membaca taklik aku telah menjadi suami yang sah kepada isteri aku dan bertanggungjawab untuk menjaga isteri aku walau apa jua rintangan dan dugaan. 2 tahun perkahwinan aku diuji isteri mengalami kegagalan fungsi buah pinggang keduanya.

“Jalan terbaik untuk menjalani kehidupan normal tanpa membuat dialisis 3 kali seminggu dengan membuat pemindahan buah pinggang.”

3 tahun isteri tak boleh kencing, suami sanggup berkorban dermakan buah pinggang

Mohammad Hilmi yang bekerja sendiri berkata, dia bersyukur penantian tiga tahun akhirnya tertunai apabila rawatan pemindahan buah pinggang itu berjalan lancar.

"Sepatutnya rawatan itu dijalankan pada Mac lalu namun ditangguhkan pada satu tarikh yang belum pasti disebabkan Covid-19.

"Namun, Alhamdulillah pada 28 Julai lalu pembedahan berjalan lancar dan akhirnya isteri boleh buang air kecil semula selepas tiga tahun kedua-dua buah pinggangnya gagal berfungsi," katanya.

Pada mulanya, Noratiqah berkata dia rasa serba salah untuk menerima buah pinggang suaminya.

"Saya terharu dengan keputusan suami menderma sebelah buah pinggangnya kepada saya.

"Saya juga serba salah kerana dia yang sihat terpaksa berkorban untuk isterinya yang sakit ini. Tapi akhirnya saya terima kerana dia nekad dan ikhlas demi melihat saya sihat semula seperti dulu," katanya.

3 tahun isteri tak boleh kencing, suami sanggup berkorban dermakan buah pinggang

Noratiqah turut berasa syukur atas pembedahan yang berjalan dengan lancar dan berazam dalam mengamalkan gaya hidup sihat selepas ini.

"Selepas ini saya dan suami akan mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan garam, gula dan minyak.

"Alhamdulillah, tiada lagi tiub-tiub yang melekat di tubuh saya dan kini saya tidak perlu lagi menjalani rawatan dialisis yang dahulunya hampir setiap hari.

"Sekarang, kami hanya perlu memantau kesihatan masing-masing dan buat pemeriksaan kesihatan tiga kali seminggu," katanya.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}