Seorang imam dari Masjid Al-Muttaqin, Batam Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas mengimamkan solat Zuhur. Subhanallah!
Menurut laporan Tribunnews, beliau yang dikenali Hassan Basri Tandayong telah meninggal dunia sejurus menjadi imam ganti kerana imam bertugas ada urusan.
Satu klip video yang diambil dari CCTV telah tular dan menjadi perhatian warga maya di media sosial. Dalam rakaman tersebut dapat diihat akan keadaan Allahyarham yang rebah ke belakang ketika mengetuai zikir usai solat fardhu itu.
"Masya-ALLAH, sungguh beruntung dia (Hasan) meninggal dalam keadaan baik, tepat setelah selesai menunaikan solat di masjid ini, pada waktu itu dia adalah imam.” Ujar Imam Masjid tersebut, Jamal Ghofar.
Menelusuri kisah hidup Hassan, beliau merupakan seorang bilal kepada masjid tersebut dan berkhidmat selama 10 bulan. Sebelum meninggal dunia, Hassan dilaporkan sentiasa mempelajari pelbagai doa dan bercakap hanya perlu sahaja.
Sebelum ini, tidak pernah Hassan menjadi imam. Namun, solat Zuhur itu lah kali pertama dan terkahir beliau menjadi imam.
Tak mudah nak dapat kematian yang sangat mulia ini. Sememangnya kematian yang sangat dicemburui.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.