Amat penting untuk kita mengetahui bagaimana caranya syaitan memperdaya dan menjadikan kita jauh daripada Allah.
Pertama, syaitan memperdaya manusia untuk mendekati dosa. Waktu ini hati mungkin masih terasa benci akan dosa tersebut.
Kedua, syaitan memujuk supaya melakukan dosa. Saat pertama kali melakukan dosa juga, masih ada rasa tidak selesa. Namun jika dibiasakan, lama-kelamaan hati tidak berasa apa-apa.
Seterusnya, setelah lama tenggelam dalam dosa yang dilakukan, syaitan memeperdaya pula dengan cara merendah-rendahkan semangat untuk bertaubat. Muncul rasa bersalah, rasa tidak layak memohon ampun hingga akhirnya muncul rasa putus asa, bahkan mungkin rasa malas untuk bertaubat.
Tanpa disedari, kita seolah-olah telah putus harap terhadap rahmat Allah. Kita seolah-olah tidak percaya bahawa Allah mampu mengampunkan dosa kita jika kita meminta dengan sebenar-benarnya.
إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
“SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”
Di dalam ayat di atas terdapat kalimah pengharapan buat manusia yang melakukan kesalahan iaitu ‘Allah kasih (cinta) kepada orang yang melakukan taubat berulang kali’!
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.