Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Tabiat Free Rider Dalam Tugasan Berkumpulan

Selalunya gelaran free rider ini timbul apabila ada antara ahli kumpulan yang tidak menjalankan atau melakukan tugasan tetapi masih mengambil manfaat daripada hasil kerja kumpulan daripada menjadi ahli kumpulan tersebut.
Editor
15 Jan 2020, 12:30 PM

tabiat free rider dalam tugasan berkumpulan

Biasanya dengar istilah ni dalam kalangan pelajar di universiti. Selalunya gelaran free rider ini timbul apabila ada antara ahli kumpulan yang tidak menjalankan atau melakukan tugasan tetapi masih mengambil manfaat daripada hasil kerja kumpulan daripada menjadi ahli kumpulan tersebut.

Perangai yang tidak peduli seperti tidak menghadirkan diri sewaktu perbincangan kumpulan, tidak menyumbang sebarang idea, tidak menjadi ahli yang aktif ataupun tidak melakukan kerja yang diberikan ataupun membuat kerja dengan lewa. Tabiat atau perbuatan seperti ini mengundang banyak jenis perasaan ahli kumpulan yang lain seperti kemarahan dan perasaan yang tidak puas hati.

tabiat free rider dalam tugasan berkumpulan

Dalam permasalahan free rider ini, mereka boleh cenderung untuk mempunyai sikap di bawah.

  1. Menzalimi orang lain

Sikap menzalimi orang lain ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Sikap menzalimi orang lain dalam urusan kerja ataupun tugasan bermaksud menganiaya, menyakiti perasaan orang lain, mensia-siakan kerja atau usaha mereka dan tidak menghargai mserta tidak menunaikan hak orang lain yang wajib dijalankan.

Seorang free rider akan mengambil segala manfaat daripada hasil kerja keras ahli kumpulan lain seperti markah yang sama rata, ganjaran dan penghargaan yang tidak setimpal dengan usaha yang mereka berikan.

  1. Boleh mencetus pergaduhan

Masalah free rider ini boleh mengundang pergaduhan dan juga permusuhan yang berpanjangan sehingga tidak bercakap dengan si pelaku walaupun sudah grad. Sikap yang tidak mahu mengalah dan mengaku kesalahan sendiri dan selalu mengulang perkara ini sehingga rakan-rakan dan pensyarah hilang kepercayaan kepadanya.

  1. Menipu

Siapa yang free rider ni, selalu akan berikan banyak jenis alas an untuk mengelakkan daripada melakukan tugasan sehingga tidak bersikap jujur. Ada pula yang jenis memperayakan rakan-rakan sekumpulan dengan pelbagai helah sehingga menyusahkan satu kumpulan dan melambatkan masa. Perbuatan ini akan berterusan dan pelaku membawa ciri-ciri seorang yang tidak menepati janji.

tabiat free rider dalam tugasan berkumpulan

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}